Sunday, February 25, 2018

SELIDIK SEMULA KEGANJILAN GERHANA 31 JAN 2018

Mari kita mengkaji semula keganjilan-keganjilan yang berlaku pada gerhana bulan separuh yang berlaku di Amerika Syarikat, lokasi yang kita pilih ialah bandaraya New York apa yang diperhatikan ialah pada ketika matahari terbit di Horizon pada pukul 7.00 pagi dan Bulan terbenam pada 7:06 pagi.



Dalam tempoh masa ini, kedua-dua objek langit iaitu Matahari dan Bulan kedua-duanya di atas horizon. Fenomena ini dinamakan "selenelion" (atau "selenehelion")


Gerhana Bulan hanya terjadi apabila Matahari-Bumi-Bulan dalam suatu garis lurus yang dinamakan sygyzy.


Oleh itu adalah mustahil Gerhana Bulan Separuh mahupun Gerhana Bulan Penuh berlaku apabila kedua-dua Matahari dan Bulan Berada di atas horizon.


NEW YORK


LatLong   40.7N  74.01W
Azimuth Bulan +291 51
Altitud Matahari -1 55 (matahari terbit)
Sudut Matahari-Bulan 179.5
Status Gerhana: Separuh

Masa 07:00 AM

UCT   31 JAN 2018 12:00
Altitud Bulan +0 08
Azimuth Matahari +111 21
Entrance Bayang : Daripada Atas


Agensi angkasa dan penyokong teori bumi sfera dan heliosentrik mengatakan ianya terjadi kerana BIASAN CAHAYA. Oleh itu Matahari dan Bulan dapat dilihat di atas horizon.


Adakah ini benar ???


Perlu diingat, bumi berputar daripada Barat ke Timur pada kelajuan 1600 km/j. Ini menyebabkan matahari kelihatan terbit daripada Timur. Kelajuan Matahari diukur dari Bumi ialah 1594 km/j.


Bulan pula terbit daripada Timur dan tenggelam di Barat. Kelajuan Bulan diukur dari Bumi ialah 1531 km/j.


Bulan lebih perlahan. Oleh itu ianya bertentangan dengan alasan heliosentrik yang memberitahu bayang bulan semasa Great America Sun Eclipse dari Barat ke Timur disebabkan Bulan lebih laju adalah tertolak.


Berbalik kepada Gerhana Separuh di New York semasa berlaku selenelion.
Matahari terbit menaik di Timur.
Jika dikatakan biasan cahaya, kenapa bayang bumi yang dikatakan penumbra dan umbra itu menutupi bulan bermula daripada atas ???


Lihat video bayang bumi menutupi bulan yang dikenali sebagai shadow entrance.
Persoalan yang timbul ialah :


1. Bulan bergerak daripada Timur ke Barat
2. Bulan bergerak ke bahagian bayang bumi sepatutnya kemasukan bayang daripada bawah
3. Jika biasan cahaya sebagai alasan kepada Matahari dan bulan, adakah bayang bumi juga terbias naik ke atas
4. Jika bayang bumi naik ke atas, maka sempadan siang dan malam juga akan berubah
5. Hanya ada satu kemungkinan kemasukan bayang daripada atas, jika bulan menyusup ke bawah bayang bumi, tapi ini mustahil kerana melanggar syarat sygyzy kerana sudut Matahari dan bulan perlu dalam julat 179.5 darjah.


Gambar di atas, alasan biasan cahaya tidak diterima. Adakah bayang juga boleh dibiaskan ???










Kebenaran akan terungkap jua.




Untuk lebih pemahaman, lihat video seterusnya, kedudukan New York semasa tempoh selenelion.



Bulan turun untuk terbenam di Barat.

New York pada garis lurus horizon.









Oleh itu Gerhana Bulan disebabkan oleh bayang Bumi tidak dapat diterima. Terdapat keanehan dan keganjilan serta mustahil berlaku dalam model heliosentrik.
Bulan itu ada cahayanya sendiri. Fasa gerhana Bulan itu sendiri menunjukkan bukan bayang bumi sebagai puncanya.


Mari kita lihat petunjuk wahyu :


وَجَعَلَ الْقَمَرَ فِيهِنَّ نُورًا وَجَعَلَ الشَّمْسَ سِرَاجًا 


“Dan Ia menjadikan padanya bulan sebagai CAHAYA serta menjadikan matahari sebagai lampu" (71:16).





Kata dasarnya NUN-WAU-RA.


43 kali NUR.
6 kali MUNIR.


Bilakah NUR dan MUNIR ditafsirkan sebagai memantulkan cahaya. 

Adakah selepas pengaruh Sains ???


Jangan rendahkan martabat NUR.
Bacalah Surah An-NUR. Adakah surah ini berkaitan dengan memantulkan cahaya ???


Renungkan dan fikirkan semoga mendapat hidayahNya.



Wasalam

































Friday, February 23, 2018

KEGANJILAN GERHANA MATAHARI PADA TEORI MODEL HELIOSENTRIK

Kita akan membincangkan berkaitan dengan modal heliosentrik, yang pertamanya ialah kita mengulang kaji sifat cahaya itu, cahaya bergerak dalam keadaan lurus dan ini terbukti dalam pelbagai jenis ujikaji yang dilakukan d idalam dan diluar makmal. Jadi cahaya bergerak lurus adalah fakta, kita perlu bezakan antara fakta  dengan teori. Teori yang hanya merupakan hipotesis yang perlu ditentukan sama ada benar ataupun tidak dan perlu dibuktikan untuk  diiktiraf sebagai fakta.

Konsep yang kedua ialah berkaitan dengan bayang apabila sesuatu sumber cahaya menyuluh kepada sesuatu objek dan bayang objek terpapar pada permukaan layar apabila objek berada pada permukaan saiz bayang dan saiz objek adalah sama.

Apabila objek digerakkan menuju semakin dekat kepada sumber maka bayang menjadi semakin besar, semakin dekat kepada sumber maka saiz bayang semakin besar  Oleh itu kita dapat mengambil kesimpulan bawah saiz bayang adalah adalah berkadar langsung dengan jarak antara objek dan juga layar.

Bagi yang biasa bermesyuarat ini dapat dibuktikan. Semasa kita menayangkan slide-slide komputer menerusi pemancar LCD. Bila LCD dijauhkan daripada layar, paparan slide menjadi semakin besar dan jelas dilihat dan dapat dibaca oleh semua penonton. Sekiranya terdapat halangan maka akan menghasilkan bayang contohnya kotak pen,  jika kotak pen tersebut dekat dengan layar bayangnya kecil apabila kotak pen itu hampir kepada sumber cahaya LCD maka bayangnya besar dan menutupi layar persembahan.  Inilah realiti dan kenyataan yang setiap hari kita rasai dibuktikan melalui pengalaman. Tidak wujud keadaan bayang semakin mengecil apabila objek jauh daripada layar.

Mari kita selidiki model gerhana matahari bayang bulan pada bumi.

Diameter bulan 3,474 km.
Jarak bumi bulan 384,400 km

Saiz bayang bulan di bumi hanya 113 km sahaja ???

Adakah bayang boleh difokuskan ? 

Mana ujikajinya ?
Mana ujikaji umbra dan penumbra lebih kecil daripada objek ?
Kenapa cahaya matahari ke bumi adalah vertical dan selari , kenapa masa gerhana cahaya matahari difokuskan ??

Bukankah ini suatu manipulasi minda melalui gambaran dan lakaran mahupun imej-imej yang disajikan kepada kita secara berterusan.

Apa terjadi jika kita gunakan cahaya matahari difokuskan dan bulan dibuang daripada model tersebut. 





Cahaya matahari itu terfokus dengan sangat jitu pada keluasan 113 km sepatutnya kawasan ini menjadi sangat panas dan boleh terbakar mahupun jika fokus itu di atas permukaan laut kawasan tersebut boleh mendidih dengan pemusatan cahaya dan suhu yang sangat tinggi.


Kita  keluar daripada rumah, bawa  kanta yang sangat kecil pun,  apabila sumber cahaya matahari terfokus dengan  jitu boleh menyebabkan peningkatan suhu dan boleh menerbitkan api seterusnya boleh menyebabkan kebakaran.

Namun ianya tidak terjadi di atas muka bumi ini sebaran cahaya matahari di atas permukaan bumi hampir sekata pada kawasan yang menerima sinaran cahaya matahari pada sesuatu masa tanpa adanya pusat kepanasan atau kawasan fokus cahaya matahari. Oleh itu cahaya matahari terfokus adalah tertolak.


Oleh itu model gerhana matahari heliosentrik ini sangat dipertikaikan kerana jika perkara ini diterima sudah lama kehidupan di atas muka bumi ini kepada manusia tumbuhan hutan belantara lautan termasuk keseluruhan bumi ini sudah hangus

Mari kita selidik gerhana matahari separa baru-baru ini.

Satu lagi keganjilan pada Gerhana separuh yang berlaku pada 15 Februari 2018 yang mana matahari tertutup separuh boleh dilihat di dari bawah dari beberapa tempat yang terdapat di Benua Antartika apa yang ganjil ialah bayang gerhana ini berada di kutub selatan.

Jadi terdapat dua kemungkinan sahaja bagaimana ianya berlaku yang pertama matahari berada di bawah Kutub Selatan dan cahaya bergerak lurus kemudian menghasilkan gerhana matahari separuh, untuk alasan bagaimanapun gerhana boleh terjadi,  tetapi sempadan siang dan malam seharusnya berubah. Bahagian Selatan seharusnya Siang dan Bahagian Utara sepatutnya Malam,  ini sangat mustahil dan tidak terjadi pada 15 Februari 2018 tersebut.

Fakta.
Matahari berada di Longitud dan Latitud : 12 28S, 132 28W
Bulan berada di Longitud dan Latitud : 13 31S, 132 07W
Kedua-duanya  matahari dan bulan  di atas Lautan Pasifik.






Jadi bagaimanakah bayang bulan boleh berada di sebalik bumi bahagian malam Adakah cahaya bergerak melengkung. Adakah ujikaji yang menunjukkan cahaya melengkung di ruang vakum ???

Berdasarkan daripada pemerhatian ini model matahari bulan bumi dalam kedudukan segaris yang dikenali sebagai sygyzy adalah bukan penyebab gerhana matahari kerana model heliosentrik tidak dapat menerangkan dengan jelas bagaimana ianya terjadi. Melainkan manipulasi gambarajah dan minda !!!

Gerhana sentiasa terjadi apabila matahari dan juga bulan berada pada suatu garis lurus 180 darjah ataupun menghampiri darjah tersebut dan terdapat benda- benda yang melintasi antara matahari dan juga bulan yang bergerak dari Barat ke Timur dan pergerakan ini adalah dalam kadar tempoh yang tetap .

Oleh yang demikian gerhana matahari dan bulan  telah dapat diramalkan sejak dari zaman dahulu kala lagi iaitu 2000 tahun yang lalu bukti ialah ialah Kalender Saros dan Siri Saros terus digunakan oleh agensi angkasa lepas untuk meramal gerhana kerana model heliosentrik tidak dapat mengira tarikh kejadian gerhana, lokasi gerhana dan masa gerhana.

Kalender Saros dan Siri Saros menjadikan bumi sebagai pegun, tidak bergerak dan objek-objek angkasa mengelilingi bumi. Maka semua objek-objek langit mengelilingi dan mengitari bumi secara tetap dan kejadian gerhana juga dalam tempoh yang tetap. Mengatakan Sains Moden dan model heliosentrik mengira dan meramal kejadian gerhana matahari dan bulan adalah suatu pembohongan.

Bumi adalah hamparan datar yang luas seluas luasnya tanpa penghujung seluas langit.

Selamat mengkaji.

Wednesday, February 21, 2018

GRAVITI WUJUD ATAUPUN TIDAK

Sekarang kita mengkaji lagi berkaitan dengan bumi dan langit seperti yang kita ketahui antara perdebatan yang kencang antara pendokong fahaman bumi sfera dan bumi datar adalah berkaitan dengan wujud atau tidak graviti itu.

Sejarah awal penemuan Gravity adalah melalui penemuan yang terkenal oleh Isaac Newt0n semasa buah apple jatuh ke permukaan tanah,  oleh itu dia berpendapat terdapat daya yang menarik epal itu jatuh ke bumi. Daya itu menyebabkan adanya perkara jatuh kerana tarikan daripada pusat bumi, dan dinamakan daya graviti.


Melalui daya graviti ini, manusia dan kehidupan ini dapat berdiri di atas muka bumi dan daya graviti ini menyokong faham bumi sfera. Daya graviti ini sebagai alasan terkuat untuk mengatakan bahawa semua benda tidak terlepas daripada bumi kerana adanya daya graviti tersebut.


Lebih mengejutkan, melalui formula graviti, dapat ditentukan jisim, jejari dan kelajuan graviti permukaan pada bulan, matahari dan semua planet-planet. Hanya dengan rumus-rumus ini :


Newton Law of Gravity


JISIM  :                                                                                                  M =  a r^2 / G


TARIKAN GRAVITI ANTARA DUA OBJEK:                                  F=Gm1m2 / r^2


JISIM objek pertama :                                                                          m1= Fr^2 / Gm2


JISIM objek kedua :                                                                              m2 = Fr^2/Gm1


JARAK antara DUA OBJEK:                                                               r = √Gm1m2   / F


Lantas anda percaya ?????



Mari kita lihat penentuan Graviti Spesifik , unit SG.


Jenis-jenis kayu , jika kayu sama dengan ketumpatan air sama dengan pemalar 1.00


Ketumpatan kayu kurang daripada 1.00 , kayu akan timbul atas air

Ketumpatan kayu lebih daripada 1.00 , kayu akan tenggelam

Ketumpatan cecair-cecair dibandingkan dengan air pada suhu 4 darjah celcius.

Ketumpatan gas-gas dibandingkan  dengan air pada suhu 25 darjah celcius, suhu bilik.

Melalui kaedah ini, nilai Graviti 9.8m/s dapat dikekalkan dan hanya SG pada objek pepejal, cecair dan gas diubah-ubah.




Di atas muka bumi ini saja, kiub segiempat tepat kayu, besi dan emas perlu ditimbang untuk menentukan berat dan keluasannya bagi mendapatkan ketumpatan dan diberikan SG , bagaimana hanya melalui teleskop dan tidak pernah tahu bahan apa di planet-planet lain, hanya dengan formula boleh tahu semua ???


 Anda nampak manipulasi data dan formula , atau sengaja mahu membuta tulikan hati anda.


Planet Pluto 1.31 x 1022 kilogram ???


Sedangkan logam-logam di bumi perlu diukur untuk menentukan jisim :


LOGAM                   Kilogram / Kiub meter

Aluminium                2600
Brass                        8580
Phosphor Bronze     8850
Cast Iron                   7300
Copper                      8930
Steel                         7850
Titanium                   4500
Tungsten                  19600

Zink                           7135


Tembaga - Brass, Bronze, Copper pun tidak sama walaupun unsur utama tembaga. Inikan pula mampu mengukur jutaan kilometer, berat matahari dan pluto itu boleh ditimbang pula jisimnya.


Salah satu omongan yang diperkatakan dengan angkuh ialah graviti itu wujud kerana bulu burung dan bola besi jatuh secara bersamaan dan serentak di dalam vakuum. Ada beberapa perkara perlu dinilai :


i) nampaknya graviti itu bertindak sekata kepada semua objek

ii) Jisim tidak mempengaruhi tarikan graviti

Jika jisim tidak mempengaruhi daya tarikan graviti , maka seluruh formula-formula Newton mahupun Kepler adalah batal.


Satu lagi bukti daya tarikan graviti itu palsu dan tidak benar. Bukan daya graviti yang menarik benda jatuh. Mudah, boleh buat ujian pada bila-bila masa sahaja. Sehelai kertas A4 di jatuhkan daripada ketinggian 2 meter menggunakan tangga, ternyata kertas tersebut melayang-layang di udara sebelum jatuh ke bumi. Sekarang gumpal kertas tersebut sehingga semakin padat dan jatuhkan, ternyata kertas jatuh dengan segera. Ingat, jisimnya tidak berubah. Hanya ketumpahan dan jumlah permukaan bersentuh dengan udara sahaja yang berubah. Oleh itu jatuh sebenarnya disebabkan keapungan dan ketumpatan. 


Oleh itu, tanpa dipengaruhi oleh saiz, jarak, jejari, jisim, semua planet-planet harus jatuh ke matahari.





Berdasarkan teori bumi sfera, graviti bumi berpusat di inti bumi. Dikatakan inti bumi terdiri daripada logam itu sangat panas. Harus bagaimanakah daya tarikan graviti wujud dalam kepanasan melampau. Jika diumpamakan magnet, semakin panas magnet semakin lemah dan hilang kekuatan daya tarikannya. Lantas daya apa yang menarik pada suhu panas melampau, melain gejolak bahan pepejal, cecair atau gas yang ingin keluar kerana tekanan melampaui, tidak ada daya tarikan. Itu logik, tapi jika anda ingin berpegang kepada daya tarikan graviti maka makluman ini sekadar pemberitahuan.


Baiklah sebagai penutup perbicaraan kita apakah sebenarnya yang ada di langit dan bumi ini pertamanya kita merujuk kepada panduan wahyu. Urusan Langit itu adalah turun dan naik,  Menangmanakala Urusan Bumi itu masuk dan keluar. Berikut petunjuk yang diberikan kepada kita :



هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 



Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (57:4).

Urusan Bumi : Masuk dan Keluar

Urusan Langit : Turun dan Naik

Kita tengok keutamaan , masuk ke bumi disebut dulu. Urusan turun dari langit pun disebut dulu dalam urusan langit dan bumi. Ini kerana daya turun di atas lebih kuat berbanding daya di bawah. Alam semesta dalam keseimbangan, melebihi keseimbangan maka ianya harus turun ke bawah, ketumpatan lebih rendah naik ke atas. Oleh itu, ketumpatan dan berat diterima. 


Graviti sebenarnya hanya menerangkan kelajuan jatuh bukannya daya yang menarik ke bawah. Pada kadar hampir malar 9.8m/s.



Daya di atas lebih tinggi. Oleh itu, mahu naik ke atas perlu dengan kekuatan.


Berikut ada clues/petunjuk :


فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ 



Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman.  (6:125)

Dada menjadi sempit =  tekanan

Sedang mendaki naik = usaha yang keras
Semakin tinggi semakin sempit.

Jadi Keapungan dan Tekanan adalah daya-daya yang boleh diterima dalam urusan turun dan naik ke atas. 


Sebagai penutup, tulisan yang kali ini agak panjang. Kita perhatikan dan teliti istilah-istilah Horizon Level, Flight Plane , Air Lines, Ground Level, Sea Level, Pressurized Flight (kan ini berkaitan tekanan dan keselesaan kita bernafas pada altitud tinggi, jangan butakan matahati) , Altitud  dan ketepatan kompas di darat, laut dan udara hanya boleh terjadi pada peta yang datar , square map 1 X 1 batu , 10 X 10 batu dan 100 X 100 batu. Peta yang datar adalah bumi yang datar.


Target only precisely hit on a flat plane earth in straight line. Remember that.


Jumpa lagi.













Sunday, February 18, 2018

BUMI SEBENARNYA PEGUN, TIDAK BERGERAK DAN TETAP

Dalam mempertimbangkan bumi berputar atau pegun, kita perlu meneliti teori-teori Sains yang disajikan kepada kita. Kita perlu menilai dengan akal dan fikiran, bukan ikut-ikutan, asal sebut Sains saja mesti percaya sedangkan Sains bukan maksum pun, Sains sentiasa berubah dan teori Sains juga terbukti salah dalam teori Big Bang dan Evolusi Manusia daripada monyet. Jadi nasihat awal, jangan percaya Sains secara mutlak, periksa dulu kesahihannya.

Oleh itu, mari perhatikan model heliocentrik dan juga rekayasa agensi angkasa yang mengatakan :

i) bumi berputar pada paksinya
ii) bumi berputar mengorbit matahari
iii) matahari mengorbit Galaksi Bimasakti (kerap dilupakan)

Ini seperti yang dimaklumkan oleh pihak NASA : Sun moves around Milky Way

Jadi beginilah gambaran Matahari membawa bumi bahkan semua planet-planet di tata surya ini.




Teori pertama yang disajikan kepada kita ialah bumi ini berputar selama 24 jam terus-menerus untuk menghasilkan siang dan malam, kelajuan putaran bumi pada paksinya ialah kira-kira 1670 km/j.

Dalam masa yang sama bumi mengorbit matahari dan melengkap putaran satu putaran dalam 365 1/4 hari untuk melengkap kitaran setahun, Kelajuan orbit bumi mengelilingi matahari adalah 108,000 km/j.


Apa yang perlu diperingatkan kepada model Heliocentrik  ialah matahari itu mengorbit Galaksi Bimasakti pada kelajuan 828,000 km/j .

Adakah teori-teori yang didatangkan oleh sains moden ini adalah benar ???
Terima sebagai fakta tanpa persoalan ?


Sedangkan jika kita bandingkan dengan realiti yang kita alami di muka bumi ini tidak terasa langsung sebarang pergerakan kerana keadaan sebenarnya ialah bumi itu pegun tetap dan tidak bergerak

Mari kita lihat gambar jejak bintang , star trails ini :



Sumber Flickr: Startrails by Allan Der
Bandingkan Startrails dengan Long-Exposure Waterfall , contoh seperti ini :



Konsep fotografi yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua imej :

i) SUBJEK , iaitu bintang dan air. Hanya subjek sahaja yang bergerak
ii) KAMERA , kamera mesti pegun, tetap dan tidak bergerak, Sila ingat kamera itu diletak di tripod, tripod berdiri di atas  bumi yang pegun.

Mustahil gambar startrails dapat diambil dan pergerakan bintang dalam perfect circles jika :

i) tilt bumi bergerak-gerak
ii) bumi berputar 1670 km/j
iii) bumi mengorbit matahari 108,000 km/j
iv) matahari mengorbit galaksi 828,000 km/j
v) pergerakan matahari mengelilinggi galaksi secara wobble
v) bintang-bintang menjauh antara satu sama lain
vi) alam semesta mengembang dengan pesatnya

Sejak beribu-ribu tahun , buruj-buruj dilangit tetap sebagai pedoman manusia.




Sumber Flickr:  Constellations near Orion by patchtok

Jika mengambilkira semua teori (i)-(vi) , pastilah bintang-bintang berubah kedudukan dan gagal mengekalkan bentuk buruj dan tidak berada pada tempat yang tetap.

Oleh itu, bintang-bintang sebenarnya mengitari bumi, bumi menjadi pusat semesta alam.



وَعَلَامَاتٍ ۚ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ 

Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (16:16 )


Pada ayat yang lain :

فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ 

Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul (81:15)

الْجَوَارِ الْكُنَّسِ 

Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya   (81:16)

Kata  الْجَوَارِ membawa maksud beredar, berlayar, mengalir, berlari dalam litar yang tetap.


Perhatikan , kata dasar ج ر ي


أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ 

Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan , semuanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.  (31:29)

Jadi ayat ini memberitahu siang, malam, matahari dan bulan adalah beredar dalam kadar tetap. Maka kata dasar beredar juga digunakan kepada bintang.

Oleh itu, matahari, bulan dan bintang sebenarnya mengelilingi bumi.
Ayat yang memberitahu matahari mengelilingi bumi :


وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 

Dan matahari beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (36:38)

Ayat yang memberitahu, segala-galanya mengelilingi bumi seperti lilitan serban :

خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ 

Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – semuanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.  (39:5)

Lagi ayat menerangkan matahari mengelilingi bumi :

وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ۗ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا 

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai petunjuk; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (18:17)


Surah:Ayat (18:17) ini sangat menarik kerana ianya adalah Sural Al-Kahfi. Petunjuk dan benteng fitnah akhir zaman. Mari kita ulas ayat ini :

1. Ketika melihat matahari terbit = rujukan lokasi. First Point of References
2. Matahari = Objek yang diperhatikan.
3. Cenderung ke kanan semasa terbit = Matahari yang bergerak. Pola pergerakan.
4. Cenderung ke kiri semasa terbenam = Matahari yang bergerak. Pola pergerakan
5. Sedang mereka dalam gua = Gua tetap , maka bumi itu sebenarnya pegun.

Sekiranya kita buat ploting terbit matahari di kanan , dan tenggelam cenderung ke kiri dalam bentuk epileptik pergerakan matahari dari sudut pemerhati di bumi , jelas bahawa matahari itu mengitari bumi. Matahari berada di atas bumi dan orbit bumi di atas permukaan bumi.

Persoalan yang ditinggalkan , kenapa ayat ini berakhir dengan SESIAPA YANG DIBERI PETUNJUK , apakah akhir zaman itu antaranya memberitakan Bumi Mengelilingi Matahari tetapi petunjuk wahyu menegaskan semua objek langit mengelilingi bumi untuk manfaat manusia.

Matahari dan bulan mengelilingi bumi untuk manfaat manusia.

وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ 

Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. (14:33)

Kesedaran mengenai seluruh alam semesta ini sebagai ayat-ayat, tanda-tanda kebesaran Allah SWT bertujuan kepada manusia sentiasa SEDAR keWujudan Allah SWT.

Menafikan kewujudan tuhan itu adalah antara fitnah akidah akhir zaman, itulah sebabnya kisah matahari disebutkan dalam Surah Al-Kahfi.

Perlu diingat juga, matahari adalah lambang dewa dan pemujaan kuno.
Scientism mengorbit matahari.


Alam langit bertawaf di Baitul Makmur,
Alam Dunia bertawaf di Mekah.

Untuk difikir dan direnungkan.

















Friday, February 16, 2018

MAMPUKAH MANUSIA KELUAR DARIPADA BUMI

Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini adalah suatu sistem yang tertutup, we live in close system and will never leave it.

 Apa yang perlu kita perhatikan ialah terdapat cabaran-cabaran yang perlu kita tempuhi dalam usaha sekiranya ingin meninggalkan bumi ini:

i) cabaran melubang bumi jika manusia sanggup (cabaran ke BAWAH)
ii) cabaran naik ke langit menggunakan tangga (cabaran KE ATAS)
iii) cabaran menerobos penjuru langit dan bumi (cabaran HORIZONTAL)

Lubang terdalam yang dicapai oleh manusia di lubang yang terdapat di The Superdeep Number 3, Kola, Russia, sedalam 12,261 meter.

Cabaran naik ke langit ,  belum ada roket yang dapat menembusi sempadan langit bumi dalam keadaan menegak.


Cabaran menembusi penjuru langit dan bumi , belum ada lagi manusia yang dapat menemui penghujung bumi. Berikut gambaran keadaan langit dan bumi.




Cabaran melubang bumi ke bawah dan menaik ke langit dalam Al-Quran :

وَإِن كَانَ كَبُرَ عَلَيْكَ إِعْرَاضُهُمْ فَإِنِ اسْتَطَعْتَ أَن تَبْتَغِيَ نَفَقًا فِي الْأَرْضِ أَوْ سُلَّمًا فِي السَّمَاءِ فَتَأْتِيَهُم بِآيَةٍ ۚ وَلَوْ شَاءَ اللَّهُ لَجَمَعَهُمْ عَلَى الْهُدَىٰ ۚ فَلَا تَكُونَنَّ مِنَ الْجَاهِلِينَ 

Dan jika perbuatan mereka berpaling (daripada menerima apa yang engkau bawa wahai Muhammad) terasa amat berat kepadamu; maka sekiranya engkau sanggup mencari satu lubang di bumi (untuk menembusi ke bawahnya) atau satu tangga untuk naik ke langit, supaya engkau dapat bawakan mukjizat kepada mereka, (cubalah lakukan jika engkau sanggup). Dan sekiranya Allah menghendaki, tentulah ia himpunkan mereka atas hidayah petunjuk. (Tetapi Allah tidak menghendakinya), oleh itu janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang jahil. (6:35)

Cabaran horizontal menuju penjuru langit dan bumi :

يَا مَعْشَرَ الْجِنِّ وَالْإِنسِ إِنِ اسْتَطَعْتُمْ أَن تَنفُذُوا مِنْ أَقْطَارِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ فَانفُذُوا ۚ لَا تَنفُذُونَ إِلَّا بِسُلْطَانٍ 

Wahai sekalian jin dan manusia! Kalau kamu dapat menembus keluar dari penjuru-penjuru langit dan bumi (untuk melarikan diri dari kekuasaan dan balasan Kami), maka cubalah kamu menembus keluar. Kamu tidak akan menembus keluar melainkan dengan satu kekuasaan  (55:33)

Persoalan yang besar adakah manusia mampu menyahut cabaran Tuhan dan mengatasi kekuasaan Tuhan, inilah konteks ayat ini. Sekali-kali tidak akan dapat. Jangan terkejut dengan kenyataan ini !!!
Bukan fahaman Sains yang mengatakan mampu menembusi dengan roket, prop, sains dan teknologi.
Jadi jangan bermimpi untuk hidup di Planet Kepler, Planet Mars atau pihak agensi angkasa mengatakan ada planet lain seperti bumi boleh di diami.

Sesekali manusia tidak mampu untuk keluar daripada bumi. Cabaran-cabaran Tuhan pasti tidak mampu ditanggung manusia. Di bumi ini sahajalah kita hidup, mati dan dibangkitkan. Itulah kenyataan sebenar :


قَالَ فِيهَا تَحْيَوْنَ وَفِيهَا تَمُوتُونَ وَمِنْهَا تُخْرَجُونَ 

" Katakanlah, di bumi itu kamu hidup dan di situ juga kamu mati, dan daripadanya pula kamu akan dikeluarkan (dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat)”. (7:25)

Berapa luaskah bumi itu , adakah sekecil planet bumi seperti habuk dalam alam semesta yang direkayasa oleh heliocentrik dan Sains moden ???

Bumi itu sama luas dan setara dengan Langit. Itulah sebabnya ayat-ayat "Langit dan Bumi" sentiasa berulang-ulang yang menunjukkan perbandingan setara.Perlu diingat, Bumi disiapkan dalam 4 hari (masa) dan Langit dalam 2 hari(masa). Rujuk post terdahulu FASA PENCIPTAAN LANGIT DAN BUMI.

Untuk lebih jelas luasnya bumi itu adalah :


سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ 

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik) untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat Syurga yang bidangnya seluas seperti langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (57:21)


Bolehkah penjelajahan angkasa keluar daripada bumi diragui. YA, diragui dengan pasti.

Mari kita bicarakan mengenai roket.




Jadi klaim dan tuntutan-tuntutan dari agensi angkasa atau penjelajahan ke alam semesta di luar bumi ini boleh dipertikaikan jika kita perhatikan sejak penjelajahan manusia dikatakan telah sampai ke bulan dan probe-probe telah sampai ke planet planet lain amat diragui.

Mari kita perhatikan laluan atau pathway roket tidak pernah naik secara menegak ke langit. Melainkan roket tersebut mengubah haluan kemudian bergerak secara mendatar sehingga hilang daripada pandangan jika diteliti arah laluan tersebut akan berakhir di lautan terbuka dipercayai roket ini sebenarnya jatuh ke laut dan tidak pernah melepasi sempadan bumi.

Agak menghairankan ketika roket roket ini hilang daripada pandangan ianya tidak ada siaran langsung atau gambar mahupun video yang boleh diambil secara langsung oleh satelit-satelit yang berada di angkasa sama ada oleh Satelit Orbit Rendah, Satelite Selaras (Sync) Bumi dan Satelite Geocentric. Roket-roket juga tidak pernah dipasangkan kemera yang mengambil gambar ke arah atas yang dapat menunjukkan muncung hadapan (header) roket.

Apa yang disajikan ialah imej-imej hasil daripada CGI komputer mahupun layar hijau dengan perkembangan teknologi dan komputer yang semakin canggih gambar-gambar atau imej-imej komputer akan dapat dilihat seperti video sebenar kerana teknik teknik baru seperti 3D, kualiti HK, Superreal HD  , super realistic animation dan yang terkini adalah hologram.

Fikirkan semula ,

Satelit ISS pada kelajuan 27,000 km/j mengorbit bum, i pada akal yang logik bagaimanakah astronot astronot boleh berada terapung-apung bersama dengan ISS pada kelajuan melampau itu ???

Adakah ini maklumat berbentuk delusion yang sengaja diterapkan untuk dipercayai oleh umat manusia ???

Banyak hal yang diragukan, bagaimanakah astronot-astronot itu mampu berada disitu dengan kelajuan yang sangat tinggi dan Adakah mereka tidak takut kepada mempertaruhkan nyawa de3ngan beribu-ribu debris debris yang berkelajuan sehingga 17,000 hingga 30,000 km/j  jika terkena atau berlanggar dengan mereka pasti berlakunya korban nyawa.

Bayangkan begini gambaran debris-debris, sampah-sarap angkasa



Gambar Debris : Image Nasa

Persoalan terkini , bagaimana roket-roket melepasi bumi dan kereta tesla berada di angkasa tanpa berlanggar atau bertembung yang boleh menyebabkan kerosakan serius ???

Sains itu boleh dibantahkan , Al-Quran tidak boleh dibantah.

Wasalam.



Wednesday, February 14, 2018

FASA PENCIPTAAN ALAM SEMESTA

Menurut Sains ianya bermula dengan Big-Bang. Kini teori Big-Bang dikaitkan dengan pertembungan partikel sub-atomic sebagai asas pembinaan alam semesta ini seperti gambar rajah ini.

FASA ALAM SEMESTA MENGIKUT SAINS




FASA ALAM SEMESTA MENGIKUT PETUNJUK WAHYU










Maha Awal yang Wajibul Wujud mutlak sebelum adanya makhluk ialah Allah SWT.

Maka Allah berkehendak menciptakan makhluk.

Alam Semesta dan segala isinya adalah mahluk, permulaan kepada alam semesta ini diciptakan adalah langit dan bumi yang berpadu pada satu titik permulaan.

Langit dan bumi pada suatu ketika dahulu adalah berpadu kemudian dipisahkan , masing-masing telah menerima ketetapan Qada dan Qadar dalam pembentukan alam semesta. 

Berlaku pemisahan antara keduanya langit dan bumi membentuk ruang atau dalam English disebut space.

Kemudian bumi dipersiapkan dan disempurnakan segala keperluannya dalam 4 masa,  pada ketika itu langit masih lagi dalam keadaan asap. 

Malam dan Siang diciptakan, kemudian baru Matahari dan Bulan. Siang dan malam itu dikitarkan secara berturutan dan berterusan,  adapun penciptaan matahari dan bulat itu bagi tujuan mengukur dan menghisab siang dan malam, hari , bulan dan tahun untuk manfaat manusia.

Seterusnya selepas wujudnya matahari dan bulan,  maka diciptakan langit dunia itu dengan bintang hiasan  dan langit dunia itu berfungsi untuk melindungi kehidupan yang ada di bumi.


Kemudian diciptakan bintang petunjuk (buruj dan nujum) untuk panduan manusia menentukan musim, cuaca  dan bagi tujuan pedoman menentukan arah dalam kehidupan dan perjalanan manusia di atas daratan lautan mahupun udara.

Selepas itu disempurnakan penciptaan langit yang tujuh lapis itu dalam tempoh dua masa.
Sempurnalah alam semesta yang indah ini.


Jika kita menggunakan akal untuk berfikir pasti kita akan bertanya bumi dalam 4 masa bumi disempurnakan terlebih dahulu daripada fakta ini dapat diambil pelajaran bahawa bumi ini adalah dasar dan tapak yang kukuh iaitu foundation kepada asas pembinaan alam semesta sekaligus menolak Sains yang mengatakan bumi mengelilingi matahari kerana bumi tercipta terlebih dahulu berbanding matahari bulan dan bintang.

Mari kita nilaikan semula langit dan bumi dulunya berpadu.  Inilah permulaan kepada alam semesta berpadunya langit dan bumi itu pada satu titik.

Titik inilah yang dikenali dalam pengajian makrifat dan tarekat sebagai permulaan alam semesta dan pasti keterangan ini sukar diterima oleh orang awam tetapi sebenarnya permulaan titik ini yang kemudiannya dipisahkan menjadi asas kepada kajian barat yang berhubung rapat dengan pembinaan Large Hadron Collider (LHC).


LHC menggunakan kaedah pelanggaran sub-atomic particles untuk membentuk satu titik pelanggaran yang akan menghasil sebaran tersusun membentuk alam semesta mengikut ketetapan kebijaksanaan yang dikenali sebagai  God's Knowledge.

Jika kita mengkaji LHC dengan lebih mendalam adalah didapati pembinaannya untuk mereplikasi atau meniru pembentukan alam semesta kaedah yang diguna pakai ialah dengan menembak partikel pada kelajuan cahaya yang menyebabkan pertembungan elektron melalui pertembungan ini mereka ingin mengkaji bagaimanakah partikel-partikel itu tersebar secara supersimetri dan tak-simetri, Standard Model dan mereka ingin mengetahui dan menguasai God's Knowledge itu. Bandingkan God's Knowledge itu dengan pernyataan perintah kepada langit dan bumi secara rela atau terpaksa.

LHC bertujuan untuk mengawal segala bentuk particles yang wujud di alam semesta ini melalui manipulasi sub-atom dan Higgs Boson (God's Particle) dan membolehkan mereka mengubah sesuatu dengan kehendak yang telah diprogramkan contohnya dalam rawatan kanser apabila manusia mampu mengawal struktur sub atom maka tubuh manusia boleh diprogramkan untuk menghilangkan struktur kanser dan mengembalikan struktur asal sub atom pada tubuh sebelum menghidap kanser.

Untuk tujuan yang lebih besar mereka boleh menghilangkan ciri ciri atau sifat sifat bahan daripada wujud fizikalnya contoh api itu bersifat panas dan membakar sifat panas boleh diganti menjadi api yang sejuk.

Inilah teknologi mereplika kekuasaaan tuhan untuk menjadi tuhan dan menentang tuhan oleh Si Mata Satu.

LHC berpotensi untuk mewujudkan keadaan kuantum membentuk lubang hitam mikro (black holes) oleh itu berkemungkinan untuk membuka dimensi-dimensi bagi membolehkan Si Mata Satu menzahirkan diri fizikalnya  keluar di akhir zaman. Maka tidak hairanlah ritual yang ganjil dan lambang lambang kejahatan menjadi simbol-simbol Syaithan dan relik-relik  syirik terpampang megah di LHC dan CERN.

Semoga maklumat ini bermanfaat kepada semua untuk pedoman dan juga mempertimbangkan kesahihan Sains. Sains itu tidak sentiasa benar.

YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ  Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...