Kita akan membincangkan berkaitan dengan modal heliosentrik, yang pertamanya ialah kita mengulang kaji sifat cahaya itu, cahaya bergerak dalam keadaan lurus dan ini terbukti dalam pelbagai jenis ujikaji yang dilakukan d idalam dan diluar makmal. Jadi cahaya bergerak lurus adalah fakta, kita perlu bezakan antara fakta dengan teori. Teori yang hanya merupakan hipotesis yang perlu ditentukan sama ada benar ataupun tidak dan perlu dibuktikan untuk diiktiraf sebagai fakta.
Konsep yang kedua ialah berkaitan dengan bayang apabila sesuatu sumber cahaya menyuluh kepada sesuatu objek dan bayang objek terpapar pada permukaan layar apabila objek berada pada permukaan saiz bayang dan saiz objek adalah sama.
Apabila objek digerakkan menuju semakin dekat kepada sumber maka bayang menjadi semakin besar, semakin dekat kepada sumber maka saiz bayang semakin besar Oleh itu kita dapat mengambil kesimpulan bawah saiz bayang adalah adalah berkadar langsung dengan jarak antara objek dan juga layar.
Bagi yang biasa bermesyuarat ini dapat dibuktikan. Semasa kita menayangkan slide-slide komputer menerusi pemancar LCD. Bila LCD dijauhkan daripada layar, paparan slide menjadi semakin besar dan jelas dilihat dan dapat dibaca oleh semua penonton. Sekiranya terdapat halangan maka akan menghasilkan bayang contohnya kotak pen, jika kotak pen tersebut dekat dengan layar bayangnya kecil apabila kotak pen itu hampir kepada sumber cahaya LCD maka bayangnya besar dan menutupi layar persembahan. Inilah realiti dan kenyataan yang setiap hari kita rasai dibuktikan melalui pengalaman. Tidak wujud keadaan bayang semakin mengecil apabila objek jauh daripada layar.
Mari kita selidiki model gerhana matahari bayang bulan pada bumi.
Diameter bulan 3,474 km.
Jarak bumi bulan 384,400 km
Saiz bayang bulan di bumi hanya 113 km sahaja ???
Adakah bayang boleh difokuskan ?
Mana ujikajinya ?
Mana ujikaji umbra dan penumbra lebih kecil daripada objek ?
Kenapa cahaya matahari ke bumi adalah vertical dan selari , kenapa masa gerhana cahaya matahari difokuskan ??
Bukankah ini suatu manipulasi minda melalui gambaran dan lakaran mahupun imej-imej yang disajikan kepada kita secara berterusan.
Apa terjadi jika kita gunakan cahaya matahari difokuskan dan bulan dibuang daripada model tersebut.
Cahaya matahari itu terfokus dengan sangat jitu pada keluasan 113 km sepatutnya kawasan ini menjadi sangat panas dan boleh terbakar mahupun jika fokus itu di atas permukaan laut kawasan tersebut boleh mendidih dengan pemusatan cahaya dan suhu yang sangat tinggi.
Kita keluar daripada rumah, bawa kanta yang sangat kecil pun, apabila sumber cahaya matahari terfokus dengan jitu boleh menyebabkan peningkatan suhu dan boleh menerbitkan api seterusnya boleh menyebabkan kebakaran.
Namun ianya tidak terjadi di atas muka bumi ini sebaran cahaya matahari di atas permukaan bumi hampir sekata pada kawasan yang menerima sinaran cahaya matahari pada sesuatu masa tanpa adanya pusat kepanasan atau kawasan fokus cahaya matahari. Oleh itu cahaya matahari terfokus adalah tertolak.
Oleh itu model gerhana matahari heliosentrik ini sangat dipertikaikan kerana jika perkara ini diterima sudah lama kehidupan di atas muka bumi ini kepada manusia tumbuhan hutan belantara lautan termasuk keseluruhan bumi ini sudah hangus
Mari kita selidik gerhana matahari separa baru-baru ini.
Satu lagi keganjilan pada Gerhana separuh yang berlaku pada 15 Februari 2018 yang mana matahari tertutup separuh boleh dilihat di dari bawah dari beberapa tempat yang terdapat di Benua Antartika apa yang ganjil ialah bayang gerhana ini berada di kutub selatan.
Jadi terdapat dua kemungkinan sahaja bagaimana ianya berlaku yang pertama matahari berada di bawah Kutub Selatan dan cahaya bergerak lurus kemudian menghasilkan gerhana matahari separuh, untuk alasan bagaimanapun gerhana boleh terjadi, tetapi sempadan siang dan malam seharusnya berubah. Bahagian Selatan seharusnya Siang dan Bahagian Utara sepatutnya Malam, ini sangat mustahil dan tidak terjadi pada 15 Februari 2018 tersebut.
Fakta.
Matahari berada di Longitud dan Latitud : 12 28S, 132 28W
Bulan berada di Longitud dan Latitud : 13 31S, 132 07W
Kedua-duanya matahari dan bulan di atas Lautan Pasifik.
Jadi bagaimanakah bayang bulan boleh berada di sebalik bumi bahagian malam Adakah cahaya bergerak melengkung. Adakah ujikaji yang menunjukkan cahaya melengkung di ruang vakum ???
Berdasarkan daripada pemerhatian ini model matahari bulan bumi dalam kedudukan segaris yang dikenali sebagai sygyzy adalah bukan penyebab gerhana matahari kerana model heliosentrik tidak dapat menerangkan dengan jelas bagaimana ianya terjadi. Melainkan manipulasi gambarajah dan minda !!!
Gerhana sentiasa terjadi apabila matahari dan juga bulan berada pada suatu garis lurus 180 darjah ataupun menghampiri darjah tersebut dan terdapat benda- benda yang melintasi antara matahari dan juga bulan yang bergerak dari Barat ke Timur dan pergerakan ini adalah dalam kadar tempoh yang tetap .
Oleh yang demikian gerhana matahari dan bulan telah dapat diramalkan sejak dari zaman dahulu kala lagi iaitu 2000 tahun yang lalu bukti ialah ialah Kalender Saros dan Siri Saros terus digunakan oleh agensi angkasa lepas untuk meramal gerhana kerana model heliosentrik tidak dapat mengira tarikh kejadian gerhana, lokasi gerhana dan masa gerhana.
Kalender Saros dan Siri Saros menjadikan bumi sebagai pegun, tidak bergerak dan objek-objek angkasa mengelilingi bumi. Maka semua objek-objek langit mengelilingi dan mengitari bumi secara tetap dan kejadian gerhana juga dalam tempoh yang tetap. Mengatakan Sains Moden dan model heliosentrik mengira dan meramal kejadian gerhana matahari dan bulan adalah suatu pembohongan.
Bumi adalah hamparan datar yang luas seluas luasnya tanpa penghujung seluas langit.
Selamat mengkaji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...
-
Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini ...
-
Teori yang kita telah diterapkan sejak kecil daripada dulu ialah matahari sangat panas, saiz yang sangat besar dan mempengaruhi suhu planet-...
No comments:
Post a Comment