Kita akan membincangkan berkaitan dengan modal heliosentrik, yang pertamanya ialah kita mengulang kaji sifat cahaya itu, cahaya bergerak dalam keadaan lurus dan ini terbukti dalam pelbagai jenis ujikaji yang dilakukan d idalam dan diluar makmal. Jadi cahaya bergerak lurus adalah fakta, kita perlu bezakan antara fakta dengan teori. Teori yang hanya merupakan hipotesis yang perlu ditentukan sama ada benar ataupun tidak dan perlu dibuktikan untuk diiktiraf sebagai fakta.
Konsep yang kedua ialah berkaitan dengan bayang apabila sesuatu sumber cahaya menyuluh kepada sesuatu objek dan bayang objek terpapar pada permukaan layar apabila objek berada pada permukaan saiz bayang dan saiz objek adalah sama.
Apabila objek digerakkan menuju semakin dekat kepada sumber maka bayang menjadi semakin besar, semakin dekat kepada sumber maka saiz bayang semakin besar Oleh itu kita dapat mengambil kesimpulan bawah saiz bayang adalah adalah berkadar langsung dengan jarak antara objek dan juga layar.
Bagi yang biasa bermesyuarat ini dapat dibuktikan. Semasa kita menayangkan slide-slide komputer menerusi pemancar LCD. Bila LCD dijauhkan daripada layar, paparan slide menjadi semakin besar dan jelas dilihat dan dapat dibaca oleh semua penonton. Sekiranya terdapat halangan maka akan menghasilkan bayang contohnya kotak pen, jika kotak pen tersebut dekat dengan layar bayangnya kecil apabila kotak pen itu hampir kepada sumber cahaya LCD maka bayangnya besar dan menutupi layar persembahan. Inilah realiti dan kenyataan yang setiap hari kita rasai dibuktikan melalui pengalaman. Tidak wujud keadaan bayang semakin mengecil apabila objek jauh daripada layar.
Mari kita selidiki model gerhana matahari bayang bulan pada bumi.
Diameter bulan 3,474 km.
Jarak bumi bulan 384,400 km
Saiz bayang bulan di bumi hanya 113 km sahaja ???
Adakah bayang boleh difokuskan ?
Mana ujikajinya ?
Mana ujikaji umbra dan penumbra lebih kecil daripada objek ?
Kenapa cahaya matahari ke bumi adalah vertical dan selari , kenapa masa gerhana cahaya matahari difokuskan ??
Bukankah ini suatu manipulasi minda melalui gambaran dan lakaran mahupun imej-imej yang disajikan kepada kita secara berterusan.
Apa terjadi jika kita gunakan cahaya matahari difokuskan dan bulan dibuang daripada model tersebut.
Cahaya matahari itu terfokus dengan sangat jitu pada keluasan 113 km sepatutnya kawasan ini menjadi sangat panas dan boleh terbakar mahupun jika fokus itu di atas permukaan laut kawasan tersebut boleh mendidih dengan pemusatan cahaya dan suhu yang sangat tinggi.
Kita keluar daripada rumah, bawa kanta yang sangat kecil pun, apabila sumber cahaya matahari terfokus dengan jitu boleh menyebabkan peningkatan suhu dan boleh menerbitkan api seterusnya boleh menyebabkan kebakaran.
Namun ianya tidak terjadi di atas muka bumi ini sebaran cahaya matahari di atas permukaan bumi hampir sekata pada kawasan yang menerima sinaran cahaya matahari pada sesuatu masa tanpa adanya pusat kepanasan atau kawasan fokus cahaya matahari. Oleh itu cahaya matahari terfokus adalah tertolak.
Oleh itu model gerhana matahari heliosentrik ini sangat dipertikaikan kerana jika perkara ini diterima sudah lama kehidupan di atas muka bumi ini kepada manusia tumbuhan hutan belantara lautan termasuk keseluruhan bumi ini sudah hangus
Mari kita selidik gerhana matahari separa baru-baru ini.
Satu lagi keganjilan pada Gerhana separuh yang berlaku pada 15 Februari 2018 yang mana matahari tertutup separuh boleh dilihat di dari bawah dari beberapa tempat yang terdapat di Benua Antartika apa yang ganjil ialah bayang gerhana ini berada di kutub selatan.
Jadi terdapat dua kemungkinan sahaja bagaimana ianya berlaku yang pertama matahari berada di bawah Kutub Selatan dan cahaya bergerak lurus kemudian menghasilkan gerhana matahari separuh, untuk alasan bagaimanapun gerhana boleh terjadi, tetapi sempadan siang dan malam seharusnya berubah. Bahagian Selatan seharusnya Siang dan Bahagian Utara sepatutnya Malam, ini sangat mustahil dan tidak terjadi pada 15 Februari 2018 tersebut.
Fakta.
Matahari berada di Longitud dan Latitud : 12 28S, 132 28W
Bulan berada di Longitud dan Latitud : 13 31S, 132 07W
Kedua-duanya matahari dan bulan di atas Lautan Pasifik.
Jadi bagaimanakah bayang bulan boleh berada di sebalik bumi bahagian malam Adakah cahaya bergerak melengkung. Adakah ujikaji yang menunjukkan cahaya melengkung di ruang vakum ???
Berdasarkan daripada pemerhatian ini model matahari bulan bumi dalam kedudukan segaris yang dikenali sebagai sygyzy adalah bukan penyebab gerhana matahari kerana model heliosentrik tidak dapat menerangkan dengan jelas bagaimana ianya terjadi. Melainkan manipulasi gambarajah dan minda !!!
Gerhana sentiasa terjadi apabila matahari dan juga bulan berada pada suatu garis lurus 180 darjah ataupun menghampiri darjah tersebut dan terdapat benda- benda yang melintasi antara matahari dan juga bulan yang bergerak dari Barat ke Timur dan pergerakan ini adalah dalam kadar tempoh yang tetap .
Oleh yang demikian gerhana matahari dan bulan telah dapat diramalkan sejak dari zaman dahulu kala lagi iaitu 2000 tahun yang lalu bukti ialah ialah Kalender Saros dan Siri Saros terus digunakan oleh agensi angkasa lepas untuk meramal gerhana kerana model heliosentrik tidak dapat mengira tarikh kejadian gerhana, lokasi gerhana dan masa gerhana.
Kalender Saros dan Siri Saros menjadikan bumi sebagai pegun, tidak bergerak dan objek-objek angkasa mengelilingi bumi. Maka semua objek-objek langit mengelilingi dan mengitari bumi secara tetap dan kejadian gerhana juga dalam tempoh yang tetap. Mengatakan Sains Moden dan model heliosentrik mengira dan meramal kejadian gerhana matahari dan bulan adalah suatu pembohongan.
Bumi adalah hamparan datar yang luas seluas luasnya tanpa penghujung seluas langit.
Selamat mengkaji.
Showing posts with label datar. Show all posts

Friday, February 23, 2018
Wednesday, February 21, 2018
GRAVITI WUJUD ATAUPUN TIDAK
Sekarang kita mengkaji lagi berkaitan dengan bumi dan langit seperti yang kita ketahui antara perdebatan yang kencang antara pendokong fahaman bumi sfera dan bumi datar adalah berkaitan dengan wujud atau tidak graviti itu.
Sejarah awal penemuan Gravity adalah melalui penemuan yang terkenal oleh Isaac Newt0n semasa buah apple jatuh ke permukaan tanah, oleh itu dia berpendapat terdapat daya yang menarik epal itu jatuh ke bumi. Daya itu menyebabkan adanya perkara jatuh kerana tarikan daripada pusat bumi, dan dinamakan daya graviti.
Melalui daya graviti ini, manusia dan kehidupan ini dapat berdiri di atas muka bumi dan daya graviti ini menyokong faham bumi sfera. Daya graviti ini sebagai alasan terkuat untuk mengatakan bahawa semua benda tidak terlepas daripada bumi kerana adanya daya graviti tersebut.
Lebih mengejutkan, melalui formula graviti, dapat ditentukan jisim, jejari dan kelajuan graviti permukaan pada bulan, matahari dan semua planet-planet. Hanya dengan rumus-rumus ini :
Newton Law of Gravity
JISIM : M = a r^2 / G
TARIKAN GRAVITI ANTARA DUA OBJEK: F=Gm1m2 / r^2
JISIM objek pertama : m1= Fr^2 / Gm2
JISIM objek kedua : m2 = Fr^2/Gm1
JARAK antara DUA OBJEK: r = √Gm1m2 / F
Lantas anda percaya ?????
Mari kita lihat penentuan Graviti Spesifik , unit SG.
Jenis-jenis kayu , jika kayu sama dengan ketumpatan air sama dengan pemalar 1.00
Ketumpatan kayu kurang daripada 1.00 , kayu akan timbul atas air
Ketumpatan kayu lebih daripada 1.00 , kayu akan tenggelam
Ketumpatan cecair-cecair dibandingkan dengan air pada suhu 4 darjah celcius.
Ketumpatan gas-gas dibandingkan dengan air pada suhu 25 darjah celcius, suhu bilik.
Melalui kaedah ini, nilai Graviti 9.8m/s dapat dikekalkan dan hanya SG pada objek pepejal, cecair dan gas diubah-ubah.
Di atas muka bumi ini saja, kiub segiempat tepat kayu, besi dan emas perlu ditimbang untuk menentukan berat dan keluasannya bagi mendapatkan ketumpatan dan diberikan SG , bagaimana hanya melalui teleskop dan tidak pernah tahu bahan apa di planet-planet lain, hanya dengan formula boleh tahu semua ???
Anda nampak manipulasi data dan formula , atau sengaja mahu membuta tulikan hati anda.
Planet Pluto 1.31 x 1022 kilogram ???
Sedangkan logam-logam di bumi perlu diukur untuk menentukan jisim :
LOGAM Kilogram / Kiub meter
Aluminium 2600
Brass 8580
Phosphor Bronze 8850
Cast Iron 7300
Copper 8930
Steel 7850
Titanium 4500
Tungsten 19600
Zink 7135
Tembaga - Brass, Bronze, Copper pun tidak sama walaupun unsur utama tembaga. Inikan pula mampu mengukur jutaan kilometer, berat matahari dan pluto itu boleh ditimbang pula jisimnya.
Salah satu omongan yang diperkatakan dengan angkuh ialah graviti itu wujud kerana bulu burung dan bola besi jatuh secara bersamaan dan serentak di dalam vakuum. Ada beberapa perkara perlu dinilai :
i) nampaknya graviti itu bertindak sekata kepada semua objek
ii) Jisim tidak mempengaruhi tarikan graviti
Jika jisim tidak mempengaruhi daya tarikan graviti , maka seluruh formula-formula Newton mahupun Kepler adalah batal.
Satu lagi bukti daya tarikan graviti itu palsu dan tidak benar. Bukan daya graviti yang menarik benda jatuh. Mudah, boleh buat ujian pada bila-bila masa sahaja. Sehelai kertas A4 di jatuhkan daripada ketinggian 2 meter menggunakan tangga, ternyata kertas tersebut melayang-layang di udara sebelum jatuh ke bumi. Sekarang gumpal kertas tersebut sehingga semakin padat dan jatuhkan, ternyata kertas jatuh dengan segera. Ingat, jisimnya tidak berubah. Hanya ketumpahan dan jumlah permukaan bersentuh dengan udara sahaja yang berubah. Oleh itu jatuh sebenarnya disebabkan keapungan dan ketumpatan.
Oleh itu, tanpa dipengaruhi oleh saiz, jarak, jejari, jisim, semua planet-planet harus jatuh ke matahari.
Berdasarkan teori bumi sfera, graviti bumi berpusat di inti bumi. Dikatakan inti bumi terdiri daripada logam itu sangat panas. Harus bagaimanakah daya tarikan graviti wujud dalam kepanasan melampau. Jika diumpamakan magnet, semakin panas magnet semakin lemah dan hilang kekuatan daya tarikannya. Lantas daya apa yang menarik pada suhu panas melampau, melain gejolak bahan pepejal, cecair atau gas yang ingin keluar kerana tekanan melampaui, tidak ada daya tarikan. Itu logik, tapi jika anda ingin berpegang kepada daya tarikan graviti maka makluman ini sekadar pemberitahuan.
Baiklah sebagai penutup perbicaraan kita apakah sebenarnya yang ada di langit dan bumi ini pertamanya kita merujuk kepada panduan wahyu. Urusan Langit itu adalah turun dan naik, Menangmanakala Urusan Bumi itu masuk dan keluar. Berikut petunjuk yang diberikan kepada kita :
هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ 
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan. (57:4).
Urusan Bumi : Masuk dan Keluar
Urusan Langit : Turun dan Naik
Kita tengok keutamaan , masuk ke bumi disebut dulu. Urusan turun dari langit pun disebut dulu dalam urusan langit dan bumi. Ini kerana daya turun di atas lebih kuat berbanding daya di bawah. Alam semesta dalam keseimbangan, melebihi keseimbangan maka ianya harus turun ke bawah, ketumpatan lebih rendah naik ke atas. Oleh itu, ketumpatan dan berat diterima.
Graviti sebenarnya hanya menerangkan kelajuan jatuh bukannya daya yang menarik ke bawah. Pada kadar hampir malar 9.8m/s.
Daya di atas lebih tinggi. Oleh itu, mahu naik ke atas perlu dengan kekuatan.
Berikut ada clues/petunjuk :
فَمَن يُرِدِ اللَّهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ ۖ وَمَن يُرِدْ أَن يُضِلَّهُ يَجْعَلْ صَدْرَهُ ضَيِّقًا حَرَجًا كَأَنَّمَا يَصَّعَّدُ فِي السَّمَاءِ ۚ كَذَٰلِكَ يَجْعَلُ اللَّهُ الرِّجْسَ عَلَى الَّذِينَ لَا يُؤْمِنُونَ 
Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang yang tidak beriman. (6:125)
Dada menjadi sempit = tekanan
Sedang mendaki naik = usaha yang keras
Semakin tinggi semakin sempit.
Jadi Keapungan dan Tekanan adalah daya-daya yang boleh diterima dalam urusan turun dan naik ke atas.
Sebagai penutup, tulisan yang kali ini agak panjang. Kita perhatikan dan teliti istilah-istilah Horizon Level, Flight Plane , Air Lines, Ground Level, Sea Level, Pressurized Flight (kan ini berkaitan tekanan dan keselesaan kita bernafas pada altitud tinggi, jangan butakan matahati) , Altitud dan ketepatan kompas di darat, laut dan udara hanya boleh terjadi pada peta yang datar , square map 1 X 1 batu , 10 X 10 batu dan 100 X 100 batu. Peta yang datar adalah bumi yang datar.
Target only precisely hit on a flat plane earth in straight line. Remember that.
Jumpa lagi.

Subscribe to:
Posts (Atom)
YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...
-
Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini ...
-
Teori yang kita telah diterapkan sejak kecil daripada dulu ialah matahari sangat panas, saiz yang sangat besar dan mempengaruhi suhu planet-...