Dalam mempertimbangkan bumi berputar atau pegun, kita perlu meneliti teori-teori Sains yang disajikan kepada kita. Kita perlu menilai dengan akal dan fikiran, bukan ikut-ikutan, asal sebut Sains saja mesti percaya sedangkan Sains bukan maksum pun, Sains sentiasa berubah dan teori Sains juga terbukti salah dalam teori Big Bang dan Evolusi Manusia daripada monyet. Jadi nasihat awal, jangan percaya Sains secara mutlak, periksa dulu kesahihannya.
Oleh itu, mari perhatikan model heliocentrik dan juga rekayasa agensi angkasa yang mengatakan :
i) bumi berputar pada paksinya
ii) bumi berputar mengorbit matahari
iii) matahari mengorbit Galaksi Bimasakti (kerap dilupakan)
Ini seperti yang dimaklumkan oleh pihak NASA : Sun moves around Milky Way
Jadi beginilah gambaran Matahari membawa bumi bahkan semua planet-planet di tata surya ini.
Teori pertama yang disajikan kepada kita ialah bumi ini berputar selama 24 jam terus-menerus untuk menghasilkan siang dan malam, kelajuan putaran bumi pada paksinya ialah kira-kira 1670 km/j.
Dalam masa yang sama bumi mengorbit matahari dan melengkap putaran satu putaran dalam 365 1/4 hari untuk melengkap kitaran setahun, Kelajuan orbit bumi mengelilingi matahari adalah 108,000 km/j.
Apa yang perlu diperingatkan kepada model Heliocentrik ialah matahari itu mengorbit Galaksi Bimasakti pada kelajuan 828,000 km/j .
Adakah teori-teori yang didatangkan oleh sains moden ini adalah benar ???
Terima sebagai fakta tanpa persoalan ?
Sedangkan jika kita bandingkan dengan realiti yang kita alami di muka bumi ini tidak terasa langsung sebarang pergerakan kerana keadaan sebenarnya ialah bumi itu pegun tetap dan tidak bergerak
Mari kita lihat gambar jejak bintang , star trails ini :
Sumber Flickr: Startrails by Allan Der
Bandingkan Startrails dengan Long-Exposure Waterfall , contoh seperti ini :
Konsep fotografi yang perlu dipatuhi oleh kedua-dua imej :
i) SUBJEK , iaitu bintang dan air. Hanya subjek sahaja yang bergerak
ii) KAMERA , kamera mesti pegun, tetap dan tidak bergerak, Sila ingat kamera itu diletak di tripod, tripod berdiri di atas bumi yang pegun.
Mustahil gambar startrails dapat diambil dan pergerakan bintang dalam perfect circles jika :
i) tilt bumi bergerak-gerak
ii) bumi berputar 1670 km/j
iii) bumi mengorbit matahari 108,000 km/j
iv) matahari mengorbit galaksi 828,000 km/j
v) pergerakan matahari mengelilinggi galaksi secara wobble
v) bintang-bintang menjauh antara satu sama lain
vi) alam semesta mengembang dengan pesatnya
Sejak beribu-ribu tahun , buruj-buruj dilangit tetap sebagai pedoman manusia.
Sumber Flickr: Constellations near Orion by patchtok
Jika mengambilkira semua teori (i)-(vi) , pastilah bintang-bintang berubah kedudukan dan gagal mengekalkan bentuk buruj dan tidak berada pada tempat yang tetap.
Oleh itu, bintang-bintang sebenarnya mengitari bumi, bumi menjadi pusat semesta alam.
وَعَلَامَاتٍ ۚ وَبِالنَّجْمِ هُمْ يَهْتَدُونَ 
Dan (Ia mengadakan) tanda-tanda panduan jalan, dan dengan bintang-bintang (pada waktu malam) mereka dapat mengetahui arah yang hendak dituju. (16:16 )
Pada ayat yang lain :
فَلَا أُقْسِمُ بِالْخُنَّسِ 
Oleh itu, Aku bersumpah dengan bintang-bintang yang tenggelam timbul (81:15)
الْجَوَارِ الْكُنَّسِ 
Yang beredar, juga yang tetap pada tempatnya (81:16)
Kata الْجَوَارِ membawa maksud beredar, berlayar, mengalir, berlari dalam litar yang tetap.
Perhatikan , kata dasar ج ر ي

أَلَمْ تَرَ أَنَّ اللَّهَ يُولِجُ اللَّيْلَ فِي النَّهَارِ وَيُولِجُ النَّهَارَ فِي اللَّيْلِ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ كُلٌّ يَجْرِي إِلَىٰ أَجَلٍ مُّسَمًّى وَأَنَّ اللَّهَ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ 
Tidakkah engkau memerhatikan bahawa Allah memasukkan malam pada siang dan memasukkan siang pada malam (silih berganti), dan Ia memudahkan matahari dan bulan , semuanya beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan. (31:29)
Jadi ayat ini memberitahu siang, malam, matahari dan bulan adalah beredar dalam kadar tetap. Maka kata dasar beredar juga digunakan kepada bintang.
Oleh itu, matahari, bulan dan bintang sebenarnya mengelilingi bumi.
Ayat yang memberitahu matahari mengelilingi bumi :
وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَّهَا ۚ ذَٰلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ 
Dan matahari beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; (36:38)
Ayat yang memberitahu, segala-galanya mengelilingi bumi seperti lilitan serban :
خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ بِالْحَقِّ ۖ يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ وَسَخَّرَ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ يَجْرِي لِأَجَلٍ مُّسَمًّى ۗ أَلَا هُوَ الْعَزِيزُ الْغَفَّارُ 
Ia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya), dan menjadikan siang melingkari malam (dengan cahayanya); dan Ia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut perintahnya, – semuanya, beredar untuk suatu masa yang telah ditetapkan. Ingatlah! Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni. (39:5)
Lagi ayat menerangkan matahari mengelilingi bumi :
وَتَرَى الشَّمْسَ إِذَا طَلَعَت تَّزَاوَرُ عَن كَهْفِهِمْ ذَاتَ الْيَمِينِ وَإِذَا غَرَبَت تَّقْرِضُهُمْ ذَاتَ الشِّمَالِ وَهُمْ فِي فَجْوَةٍ مِّنْهُ ۚ ذَٰلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ ۗ مَن يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِ ۖ وَمَن يُضْلِلْ فَلَن تَجِدَ لَهُ وَلِيًّا مُّرْشِدًا 
Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai petunjuk; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya. (18:17)
Surah:Ayat (18:17) ini sangat menarik kerana ianya adalah Sural Al-Kahfi. Petunjuk dan benteng fitnah akhir zaman. Mari kita ulas ayat ini :
1. Ketika melihat matahari terbit = rujukan lokasi. First Point of References
2. Matahari = Objek yang diperhatikan.
3. Cenderung ke kanan semasa terbit = Matahari yang bergerak. Pola pergerakan.
4. Cenderung ke kiri semasa terbenam = Matahari yang bergerak. Pola pergerakan
5. Sedang mereka dalam gua = Gua tetap , maka bumi itu sebenarnya pegun.
Sekiranya kita buat ploting terbit matahari di kanan , dan tenggelam cenderung ke kiri dalam bentuk epileptik pergerakan matahari dari sudut pemerhati di bumi , jelas bahawa matahari itu mengitari bumi. Matahari berada di atas bumi dan orbit bumi di atas permukaan bumi.
Persoalan yang ditinggalkan , kenapa ayat ini berakhir dengan SESIAPA YANG DIBERI PETUNJUK , apakah akhir zaman itu antaranya memberitakan Bumi Mengelilingi Matahari tetapi petunjuk wahyu menegaskan semua objek langit mengelilingi bumi untuk manfaat manusia.
Matahari dan bulan mengelilingi bumi untuk manfaat manusia.
وَسَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ 
Dan Ia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar, untuk kepentingan kemudahan kamu, dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu. (14:33)
Kesedaran mengenai seluruh alam semesta ini sebagai ayat-ayat, tanda-tanda kebesaran Allah SWT bertujuan kepada manusia sentiasa SEDAR keWujudan Allah SWT.
Menafikan kewujudan tuhan itu adalah antara fitnah akidah akhir zaman, itulah sebabnya kisah matahari disebutkan dalam Surah Al-Kahfi.
Perlu diingat juga, matahari adalah lambang dewa dan pemujaan kuno.
Scientism mengorbit matahari.
Alam langit bertawaf di Baitul Makmur,
Alam Dunia bertawaf di Mekah.
Untuk difikir dan direnungkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...
-
Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini ...
-
Teori yang kita telah diterapkan sejak kecil daripada dulu ialah matahari sangat panas, saiz yang sangat besar dan mempengaruhi suhu planet-...
No comments:
Post a Comment