Sejak dari dulu lagi kita sering diajarkan berkaitan dengan bumi berbentuk sfera berdasarkan pemerhatian terhadap kapal dari pelabuhan ataupun dari tepi pantai.
Melihat kapal yang menjauh kelautan terbuka sedikit demi sedikit dasarnya mulai menghilang dan akhir sekali ialah layar kapal lenyap daripada penglihatan.
Begitu juga apabila kapal mula menghampiri daratan yang awal kelihatan ialah layar kapal kemudian badan kapal dan akhir sekali adalah dasar kapal.
Adakah ini bukti yang kukuh dalam mengatakan bumi itu bulat dalam bentuk sfera ???
Jarak penglihatan mata kasar adalah sekitar 5 km. Oleh yang demikian, mari kita membuat pengiraan berdasarkan formula trigonometri bagi membuktikan, adakah bumi ini bulat ?
Begitu juga baru-baru ini terdapat video daripada YouTube berkaitan dengan bangunan yang dapat dilihat menggunakan teleskop pada jarak 47.35 km. Sebahagian tinggi bangunan terlindung, dikatakan akibat lengkungan bumi. Adakah dakwaan itu benar ?
Mari kita buat pengiraan menggunakan formula trigonometri.
Luas pandangan horizontal sebanyak 120 darjah ialah sepanjang 187.4 km.
Mari kita kira berapakah lengkungan bumi untuk 187.4 km. Sepatutnya ada beza 2.7 km lengkung bumi di antara kanan ke kiri berdasarkan teori ketinggian terlindung akibat lengkungan bumi.
120 darjah 187.4 km.
360 darjah 562.2 km.
Apabila teleskop itu berpusing sebanyak 360 darjah daripada kiri ke kanan melawan arah jam jumlah teleskop itu perlu ditundukkan ialah 9.78 darjah bagi mengejar kelengkungan bumi sebanyak 562.2 km, tetapi ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pelayar kelasi kapal penjelajah lautan mahupun mana-mana individu mahupun tentera laut.
Semasa di laut, teleskop digunakan untuk melihat horizon terjauh teleskop itu diputarkan sebanyak 360 darjah dalam keadaan sentiasa rata tanpa perlu ditundukkan bagi mengejar lengkungan, ini membuktikan horizon itu datar, air tidak melengkung dan bumi ini membuktikan bahawa bumi itu adalah datar.
Pengalaman di lautan luas, teleskop akan dinaikan sedikit untuk melihat horizon yang lebih jauh, ini kerana garis penglihatan seperti lantai yang menaik akibat prespektif pandangan, maka lebih jauh horizon yang boleh terlihat bergantung kepada kualiti penglihatan dan ketepuan lapisan atmos.
Tidak pernah sekalipun teleskop ditundukkan untuk mengejar lengkungan bumi !!!
Ingat itu.
Ini kerana, kita tidak pernah mengalami keadaan ini. Penglihatan secara horizontal tidak pernah melihat bangunan tinggi pada jarak jauh kelihatan condong akibat lengkungan bumi. Juga tidak pernah melihat keadaan kapal menaiki puncak horizon di sebelah kiri dan kanan.
Konsisten, tetap dan realiti seharian. Kita mengalami dan menyaksikan, horizon yang rata, lurus dan datar. Ini yang kita lihat dan saksikan di seluruh permukaan bumi.
Lihat bukti bergambar, sejauh 50 km, bandaraya Toronto dapat dilihat daripada Niagara-On-The-Lake. Semua bangunan berdiri tegak di kiri dan kanan gambar. Tidak ada yang condong ke kiri atau kanan atau kebelakang akibat lengkungan bumi.
Lihat gambar tersebut di sini :
Bandaraya Toronto dilihat sejauh 50 km.
Panjang bandar Toronto ialah 43 km hujung timur dan hujung barat, tetapi pada pandangan horizontal pada bangunan tinggi, tidak ada bangunan yang condong di sebelah kiri dan kanan akibat lengkungan bumi.
Ingat itu !!!
Tiba masanya untuk menilai semula dan memikirkan apakah bentuk sebenar bumi ini.
Yang pastinya bumi itu bukan sfera.
Bumi itu hamparan luas.
Selamat mengkaji.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...
-
Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini ...
-
Teori yang kita telah diterapkan sejak kecil daripada dulu ialah matahari sangat panas, saiz yang sangat besar dan mempengaruhi suhu planet-...
No comments:
Post a Comment