Sunday, April 1, 2018

KEJADIAN SIANG MALAM YANG SILIH BERGANTI

Mari kita nilai semula berkaitan dengan model heliosentrik yang memaparkan bagaimana musim terjadi di bumi menurut model tersebut, kecondongan bumi menyebabkan berlakunya perubahan musim apabila condong dan matahari berada di atas Garisan Sartan pada 21 Jun maka Kawasan Utara mengalami musim panas.

Apabila matahari berada di atas Garisan Jadi pada 22 Disember maka berlaku musim panas di Kawasan Selatan dan semasa bulan March dan September berlaku Equinox iaitu matahari berada tepat di atas Garisan Khatulistiwa.

Paksi bumi ditetapkan pada 23.5 darjah bagi menunjukkan kedekatan matahari ke Garisan Sartan dan Garisan Jadi sebagai justifikasi kedudukan matahari yang dekat ke bumi, suhunya mempengaruhi musim.

Inilah yang kita belajar dan diajarkan sejak dari bangku sekolah rendah lagi dan model globe sudah diterapkan sejak pra sekolah dan tadika lagi.
Adakah ianya suatu kebenaran yang tidak dipersoalkan ?

Kejadian siang dan malam secara berturutan secara tersusun hanya boleh berlaku bila :


1. Bumi sentiasa berputar tanpa mengorbit matahari. Putaran yang tetap maka siang dan malam adalah tersusun dengan betul.

2. Bumi sentiasa berputar dan mengorbit bumi dalam keadaan paksi kecondongan bumi sentiasa menghadap matahari. Ini tidak berlaku sebab ianya akan bertentangan dengan justifikasi berlaku 4 musim di muka bumi. Rujuk gambar ini untuk kefahaman.



Bagaimanapun, semasa Bumi mengelilingi Matahari dalam model heliocentrik, paksi bumi kekal pada kecondongan satu arah sahaja.

Kita ambil contoh pada malam 22 Disember lokasi di Kuala Lumpur jam 12 tengah malam lokasi ini sedang mengalami malam oleh kerana bumi berputar pada paksinya maka siang dan malam silih berganti secara tersusun tetapi apabila mendekati dan selepas tarikh 21 Mac berlaku perubahan panjang siang dan malam, dan kemuncaknya pada 22 Jun, malam yang sepatutnya tiba, tidak berlaku..selepas siang, berlaku lagi siang !!!
Rujuk gambar ini :






Kejadian siang dan malam yang tidak tersusun ini berlaku sangat ketara pada model heliocentrik. Oleh itu bagi menutupi kelemahan model heliocentrik, putaran bumi pada paksinya dikatakan agak kompleks dan berlaku wobble. 

Jika paksi bumi bergoyang-goyang semasa berputar, stars time lapse tidak akan dapat bulatan yang sempurna dan lebih ketara lagi, pergerakan matahari dan bulan akan berlaku bengkang-bengkok . Namun ianya tidak terjadi, matahari, bulan dan bintang bergerak dalam garisan lengkung yang tetap bersesuaian dengan kitaran yang tetap.

Oleh itu model heliosentrik adalah salah dan tidak bertepatan dengan kejadian siang dan malam yang sepatutnya silih berganti secara tersusun.

Tiba masanya untuk mempertimbangkan :

i) siang dan malam silih berganti dalam putaran yang tetap di atas bumi
ii) matahari adalah penanda bagi siang tersebut
iii) bulan melengkapkan orbitnya dalam 30 hari membolehkan bulan merentasi siang dan malam, oleh itu bulan boleh kelihatan pada siang hari.
iv) pada model heliocentrik, bulan penuh hanya berlaku pada malam sahaja. Bagaimanapun kejadian bulan penuh berlaku pada siang hari pada pagi dan petang lantas pemerhatian di bumi itu sendiri menjadikan teori heliocentrik adalah salah.
v) semua objek-objek langit, matahari, bulan dan bintang sebenarnya mengelilingi bumi yang datar, pegun dan tidak bergerak.

Gunakan fikiran dan akal , berfikir rasional dan Sains tidak sentiasa benar dan boleh dibuktikan salah jika ada maklumat dan fakta baru.

Selamat mengkaji.


No comments:

Post a Comment

YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ  Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...