Sesuatu yang perlu diperhatikan adalah, model yang dipertunjukkan kepada kita bagi tujuan pemaksaan secara manipulasi minda untuk mempercayai bumi itu adalah sfera.
Bagi yang tidak mahu berfikir panjang, mudah saja untuk menelan dan menghadam model ini.
Mari kita perhatikan , apakah kesilapan dalam model ini :
1. Sudut Garis Penglihatan tunduk ke bawah
2. Jarak Horizon berdasarkan ketinggian, semakin tinggi semakin jauh. Adakah lengkung bumi berubah-ubah ikut ketinggian ?
3. Garis Satah pada bulatan adalah tangent. Bila berdiri di atas tangent maka kita adalah yang tertinggi. Kenapa perlu memandang ke bawah untuk melihat horizon terjauh. Ianya tidak praktikal dan bukan bersandar kepada realiti.
Realitinya adalah :
i) kita sentiasa memandangkan pada aras penglihatan untuk melihat horizon terjauh
ii) semakin tinggi, aras penglihatan semakin meningkat dan semakin jauh jarak horizon yang tercapai.
iii) kita tidak pernah memandang dengan mata kasar, menggunakan teropong mahupun teleskop dan ditundukan sudutnya untuk melihat horizon terjauh. TIDAK PERNAH !!! Ingat itu...
iv) melihat ke langit = MENDONGAK
melihat horizon terjauh = MENDATAR
melihat ke bawah = MENUNDUK
Ini realiti yang kita tempuhi setiap hari.
v) Kalau anda mempercayai Model Penglihatan Astronomical dan Horizon dekat atas ini , nampak sangat indoktrinisasi sangat menebal dalam diri anda. Nak lihat bintang di langit mendongak lah.., nak lihat matahari tegak atas kepala mendongak lah...ingat itu !!!
Mari kita lihat pengalaman semasa menaiki pesawat :
Realiti Model Bumi Hamparan Datar sama dengan realiti penglihatan pada ketinggian 18,000 kaki.
Pada ketinggian 35,000 kaki. Bumi ternyata datar, hamparan yang sangat luas. Pulau-pulau berada di atas Aras Laut yang datar, tiada lengkungan yang di kesan.
Cuba fikir secara logik. Perhatikan ketiga-tiga pulau tersebut. Pasti aras laut di sebelah bawah gambar dan sebelah atas adalah sama. Namun pada gambar, aras laut di sebelah atas lebih tinggi.
Ini disebabkan prespektif penglihatan. Permukaan datar yang sangat luas dan jauh, apabila aras penglihatan menaik maka aras penglihatan juga menaik.
Itu realitinya.
Percayalah...bumi itu datar, hamparan yang luas, bukan bentuk sfera atau elipsoid.
Masihkah anda tidak percaya ?
Nilaikan sendiri, adakah maklumat dalam blog ini benar atau tidak ?
Anda tentukan...selamat mengkaji !!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...
-
Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini ...
-
Teori yang kita telah diterapkan sejak kecil daripada dulu ialah matahari sangat panas, saiz yang sangat besar dan mempengaruhi suhu planet-...
No comments:
Post a Comment