Wednesday, February 14, 2018

BUMI DATAR ATAU SFERA

Selamat mengunjungi blog ini yang membicarakan perihal bentuk bumi sama ada datar atau sfera.

Di atas adalah gambaran Lapisan Bumi dan Lapisan Langit.

Kaabah sebagai Pusat Bumi dan Baitul Makmur sejajar dalam suatu garis lurus. Dan garis ini sentiasa tetap. Bagaimana ianya tetap jika bumi berputar ???

Adakah bumi datar atau sfera. Terdapat tuntutan ijma'. Betulkah ijma' bumi sfera.

Mana ijma' yang berpendapat bumi pegun dan menjadi pusat alam semesta. Kenapa diam dan disembunyikan. Sebab bertentangan dengan teori heliosentrik dan gambar-gambar agensi angkasa lepas ?


Memandangkan terdapat ulama-ulama yang bertegas dengan bumi datar, maka klaim ijma' boleh dipersoalkan.

Menghormati pendapat dan berfikiran terbuka dalam mencari kebenaran. Tidak semestinya pendapat minoriti itu salah.

Berikut petikan pendapat ulama-ulama muktabar :



1. Tafsir Al-Qurthubi 10/13, dalam Darul Kutub Al-Mishriyyah, Cairo, Mesirpada 1384 H

Al-Qurthubi dalam tafsirnya, membantah bahwa bumi bulat, ketika menafsirkan ayat,

وَالْأَرْضَ مَدَدْنَاهَا وَأَلْقَيْنَا فِيهَا رَوَاسِيَ وَأَنْبَتْنَا فِيهَا مِنْ كُلِّ شَيْءٍ مَوْزُونٍ

“Dan Kami telah menghamparkan bumi dan menjadikan padanya gunung-gunung dan Kami tumbuhkan padanya segala sesuatu menurut ukuran” (Al-Hijr: 19).

Al-Qurthubi telah menyebutkan,

وهو يرد على من زعم أنها كالكرة

“Ini adalah bantahan bagi mereka yang menyangka bahwa bumi itu seperti bola


2. Tafsir Jalalain 1/805, dalam Darul Hadits, Cairo, Mesir
Al-Qahthaniy Al-Andalusy dalam kitab Nuniyah-nya,

كذب المهندس والمنجم مثله … فهما لعلم الله مدعيان

الأرض عند كليهما كروية … وهما بهذا القول مقترنان

والأرض عند أولي النهى لسطيحة … بدليل صدق واضح القرآن

Telah berbohong para ilmuan dan astronomi yang semisal … mereka menuntut atas ilmu Allah”

“Bumi menurut mereka adalah bulat … mereka telah bergandingan dengan pendapat ini”


Kesimpulannya berlapang dada dan mengkaji, memahami dan menggunakan akal fikiran dalam memahami petunjuk wahyu yang ada dalam Alquran.


Mari meneliti beberapa ayat-ayat yang menyatakan bumi itu hamparan datar yang sangat luas. Seluas langit. Tanpa penghujung.
Bukannya sekeping cakera atau disk yang terapung-apung di angkasa raya.


Bumi ini sangat luas. Penegasan dalam ayat berikut:

يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ آمَنُوا إِنَّ أَرْضِي وَاسِعَةٌ فَإِيَّايَ فَاعْبُدُونِ 


Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu luas
oleh itu, maka hendaklah kamu beribadat kepadaKu. (29:56)


Terdapat kata penegasan : Sesungguhnya - "inna"

Jadi seluas manakah bumi itu. Untuk memahami keluasan bumi, kena merujuk kepada Alquran,
kerana ilmu Sains juga adalah fitnah dan pembohongan. Oleh itu kita mesti selidik jangan terus percaya.

Memahami alquran harus melalui alquran, itulah sebabnya ayat-ayat pengulangan banyak di dalamnya, untuk tujuan memberi kefahaman dan petunjuk.



سَابِقُوا إِلَىٰ مَغْفِرَةٍ مِّن رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا كَعَرْضِ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أُعِدَّتْ لِلَّذِينَ آمَنُوا بِاللَّهِ وَرُسُلِهِ ۚ ذَٰلِكَ فَضْلُ اللَّهِ يُؤْتِيهِ مَن يَشَاءُ ۚ وَاللَّهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ 

Berlumba-lumbalah kamu untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu, 
dan mendapat Syurga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar. (57:21)

Syurga itu nikmat tanpa batas, perumpamaan keluasan syurga seluas langit dan bumi.
Maka bumi itu harus dalam bentuk hamparan yang sangat luas, antara langit dan bumi itulah manusia hidup di atas permukaan bumi. Langit dan bumi dalam keadaan selari.

Berdasarkan ayat-ayat di atas,  tidak kah tidak  terlintas di hati sanubari dan akal fikiran untuk mempersoal model angkasa raya yang menunjukkan bumi yang kita diami ini hanya sebutir debu yang sangat kecil ???

Sedangkan penegasan bahawa bumi itu sangat luas dan luasnya sebanding syurga, Syurga pula seluas langit dan bumi.


Dan di atas langit terdapat batas yang melindungi bumi

وَجَعَلْنَا السَّمَاءَ سَقْفًا مَّحْفُوظًا ۖ وَهُمْ عَنْ آيَاتِهَا مُعْرِضُونَ 


Dan Kami telah menjadikan langit sebagai bumbung yang terpelihara dan terkawal, 
sedang mereka berpaling tidak memerhatikan tanda-tanda yang ada padanya. (21:32)

Yakin dan percaya kepada petunjuk wahyu.
Sains boleh dibantahkan.
Alquran tidak boleh dibantah.

Bukan jumud ilmu moden, Teori Big Bang alam semesta bermula daripada ketiadaan dan terjadi secara tiba-tiba boleh kita tolak.

Manusia berasal daripada Evolusi beruk boleh kita tolak dan kita bantah.


Ingatlah ilmu dan maklumat Sains sentiasa berubah-ubah dengan penemuan dan kaedah baru. Faham Sains terdahulu boleh dibatalkan
dengan pengesahan terbaru.


Perlu diingat, kebenaran Alquran tidak pernah berubah. Bukan perlu diselaras atau pemaksaan agar memenuhi kenyataan Sains.

Semoga mempertimbangkan Sains, yang benar kita sahkan, yang bathil kita buang.

Sebagai penutup, bentuk muka bumi yang diterangkan dalam Alquran adalah hamparan.
Akan diperbincangkan dalam post-post seterusnya.

Selamat mengkaji jangan mengeji tanpa usul periksa.


Salam hormat.



YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ  Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...