Monday, September 23, 2019

YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ 

Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan siang melingkari malam (Az-Zumar :5)

Seringkali ayat ini digunakan untuk mengklaim bumi itu bebola. Kata "Yukawwiru" iaitu kawir yang membawa makna lilitan. Kononnya melilit kepada objek yang bulat, maka bumi itu dituntut sebagai sfera. Ini dilakukan agar ayat ini selaras dan menepati kehendak Sains. 

Kehendak sains kah yang perlu kita ikuti atau kita perlu mentadabbur alquran untuk memahami makna sebenarnya ? 

Mari kita lihat
Yukawirru ialah fi'il mudaari'
penambahan huruf "ya"
di depan sebagai tanda
fi'il ruba'i iaitu perbuatan sedang berlangsung dan berterusan
present continues tense
kerana kitaran adalah perbuatan
berterusan tanpa henti
siang dan malam
bergilir tanpa henti

dengan jelas 
Yukawwiru dalam ayat ini bersandar kepada malam
dan bersandar kepada siang
perkataan aa'la menunjukkan
yukawwiru siang tsabit kepada malam dan begitu pula siang di atas malam.

oleh itu yukawwiru dalam konteks ayat ini adalah fi'il mutaadi
iaitu fi'il bersandar kepada malam
fi'il bersandar kepada siang
TIDAK ADA BERSANDAR KEPADA BUMI

Maka ayat ini jelas bahawa malam dan siang itu berkitar, berputar, bersilih ganti secara tersusun BUKAN disebabkan peputaran bumi.

Malam adalah mahluk yang diciptakan.
Siang adalah mahluk yang diciptakan.

وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ ۖ كُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ 

Dan Dia yang telah MENCIPTA (halaqa)malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (Al-Aanbiya:33)

Perkataan Halaqa Laila wa Nahara (MENCIPTA) terhadap malam dan siang, setaraf dengan Halaqa (MENCIPTA) Samaawati wal Ardh.
(rujuk Az-Zumar : 5).

وَهُوَ الَّذِي جَعَلَ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ خِلْفَةً لِّمَنْ أَرَادَ أَن يَذَّكَّرَ أَوْ أَرَادَ شُكُورًا 

Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat, atau mahu bersyukur (Al-Furqan:62)



Kata Jaa'la iaitu hal keadaan siang dan yang silih berganti.

Itulah beza kata halaqa dan jaa'la.
halaqa diciptakan, tiap2 yang diciptakan adalah mahluk.

jaa'la pula hal keadaan mahluk tersebut.

Hal halaqa dan jaa'la bumi pula akan disambung pada artikel akan datang bagi menerangkan bumi itu apa sebenarnya.

Maka kesimpulan, malam itu mahluk, siang itu mahluk.
Hal keadaannya ialah silih bergantinya siang dan malam itu.

Cabaran untuk kamu yang mahu memikirkan. Malam dan Siang itu berkitar disebabkan hal keadaan bersilih ganti yang ditetapkan atau kamu masih mahu percaya kejadian siang dan malam sebab bumi bebola berputar-putar.

Rujuklah ayat Al-Qasas : 71, 
adakah kamu tidak berfikir jika malam itu sentiasa berterusan.
siapakah yang dapat men-DATANG-kan cahaya.

Di situ jelas, siang yang perlu datang untuk menggantikan malam.

Rujuklah ayar Al-Qasas : 72, adakah kamu tidak berfikir
jika siang itu berterusan..
siapakah yang dapat men- DATANG -kan malam.

Di situ jelas, malam yang perlu datang untuk menggantikan siang.
BUKAN PEPUTARAN BUMI !!!

Muktamad, bukan bumi yang berputar untuk kejadian siang dan malam.

Bumi itu hamparan datar yang pegun, yang dipasak oleh gunung agar kukuh dan tidak bergoyang. Bumi bergegar atau bergerak bila berlaku kejadian-kejadian terhadap bumi dengan izinNya.

Bumi bukan sfera, bumi adalah hamparan datar, lantai dasar alam semesta.




YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA

يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ  Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...