Samada di laut atau di darat bahkan di udara, bumi ini sentiasa datar dan terbentang luas.
Bukti kukuh ialah air sentiasa pada garis lurus horizon yang mendatar dengan keselarian bumi.
Bumi yang datar pula menakung air tasik dan lautan, tanah tingginya menjadi benteng dan bertindak sebagai daratan yang dihuni oleh manusia. Gunung-ganang sebagai pasak yang memastikan bumi kukuh, pegun dan tidak bergerak. Adapun gempa bumi, kesan pergerakan bumi dapat diminimumkan oleh pasak-pasak ini.
Jika bumi berputar, centrifugal force akan menghambat daratan ke garis khatulistiwa dan begitu juga lautan dan menyebabkan bulge 22km di garis khatulistiwa. Bagaimanapun bulge ini tidak dapat dibuktikan kewujudannya sebab bumi adalah datar. Persoalan paling besar ialah, jika putaran bumi mampu menghambat benua, daratan, lautan ke garis khatulistiwa kenapakah manusia tidak terhumban atau terpelanting semasa bumi ini berputar pada paksinya. Inilah kebohongan putaran bumi yang sebenarnya tidak wujud itu.
Begitu juga dengan atmosfera atau lapisan udara yang berada di atas bumi, semasa bumi berputar adakah lapisan udara ini terkesan atau tidak. Maka dikhabarkan kepada kita berkaitan fenomena coriolis effect. Kemudian dikemukakan bukti arah pusaran angin di hemisfera utara dan hemisfera selatan berbeza. Lagi menjengkelkan putaran air pada sinki dan tandas dijadikan bahan pembuktian, putaran air di hemisfera utara arah putaran jam dan hemisfera selatan arah lawan jam. Bagaimanapun persoalan yang besar perlu diambilkira kenapakah kapal terbang yang membuat penerbangan daripada hemisfera utara ke selatan atau vice versa tidak terkesan dengan coriolis effect ini. Sepatutnya kapal terbang terpulas-pulas di altitud kerana putaran bumi, dan untuk melawan putaran tersebut pesawat perlu mengubah-ubah kelajuan, bagaimanapun kelajuan pesawat adalah konsisten dan tidak ada adjustment untuk menangani coriolis effect.
Oleh itu, ini adalah gambaran grafik yang diambil daripada data-data yang ada kredibel berkaitan dengan bentuk muka bumi. Dapat diperhatikan :
i) kapal terbang terbang secara level merujuk kepada horizon aras lautan
ii) kapal terbang tidak menunduk ke bawah untuk mengikuti lengkungan bumi
iii) kapal terbang diukur pada altitud bukannya lengkung bumi
iv) air laut sentiasa level melangkaui benua-benua
v) ketinggian daratan dan benua menakung air , tidak wujud air melengkung
vi) bumi itu datar !!!
Tuesday, October 30, 2018
Subscribe to:
Posts (Atom)
YUKAWWIRU BUMI BUKAN BEBOLA SFERA
يُكَوِّرُ اللَّيْلَ عَلَى النَّهَارِ وَيُكَوِّرُ النَّهَارَ عَلَى اللَّيْلِ ۖ Ia pula menjadikan malam melingkari siang dan menjadikan si...
-
Dapatkah manusia keluar daripada bumi ini setelah meneliti beberapa ayat daripada al-quran adalah didapati bahawa bumi yang kita diami ini ...
-
Teori yang kita telah diterapkan sejak kecil daripada dulu ialah matahari sangat panas, saiz yang sangat besar dan mempengaruhi suhu planet-...